SERVER 11
Permukiman Viento,HyperServ
Leo masih duduk di atas sebuah batu dipinggiran sungai berhadapan dengan Yazaid yang duduk bersila di atas tanah.Ternyata apa yang diperkatakan oleh Leo sememangnya mengejutkan dirinya.Dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan manusia A.I di dalam Hyperserv walau pada hakikatnya lelaki bernama Leo dan perempuan bernama Kirin itu sebenarnya bukan manusia sepertinya.Manusia seperti ini wujud di dalam Hyperserv sejak penciptaannya ketika dahulu.Serentak dengan penciptaan Hyperserv.
Yazaid memandang sekilas kepada Leo.Akalnya ligat berfikir.Seperti kurang percaya apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.Leo berwajah selamba.Langsung tidak menghiraukan perubahan Yazaid.
Leo bingkas bangkit dari duduknya lalu turun ke bawah.Yazaid hanya memandang.Leo berjalan dengan gaya lenggang meninggalkan Yazaid.Terkocoh-kocoh Yazaid bangkit.
“Kau nak ke mana?” Yazaid mengekori Leo dari belakang.
“Kita pergi ke satu tempat.Aku yakin Kirin ada di sana.” Ringkas Leo menjawab pertanyaan Yazaid tanpa berkalih memandang ke belakang.Yazaid terpinga.
“Ke mana?” Yazaid mengekori Leo walaupun dia sendiri tidak tahu kemana hala tujunya ketika ini.
“Batu Prasasti Dunia.Tidak jauh dari sini.Di Permukiman Fuego.” Leo yang berbadan sedikit sasa berjalan lenggang dengan gaya ‘macho’ nya.
“Batu Prasasti Dunia? Mukim Fuego?” Ternyata Yazaid menjadi lebih keliru.
“Ya.Batu Prasasti Dunia berada di Permukiman Fuego.Tidak jauh dari sini.Kita sekarang berada di Permukiman Viento.” Leo mengerutkan wajahnya.Ternyata Yazaid sebagai salah seorang daripada pencipta Hyperserv tidak mengetahui apa-apa tentang dunia ciptaannya sendiri.
“Dekat mana tu? Aku tak fahamlah.” Terkocoh-kocoh Yazaid cuba mengekori Leo.
Leo mengeluh perlahan.Secara tiba-tiba Leo berhenti berjalan dan berkalih ke belakang. “Permukiman Fuego.Kawasan tu lebih panas sebab ada aliran lava yang sangat hampir dengan permukaan.Jadi, kawasan tu memiliki tekanan haba dan bahang yang naik ke udara.Permukiman hutan tu membentuk bulatan seperti sebuah daerah.” Leo menudingkan jarinya ke atas.Yazaid melangoi ke atas.
“Dan kita sekarang berada di Permukiman Viento.Kawasan ni mengelilingi Permukiman Fuego.Disebabkan tekanan udara di mukim Fuego lebih panas dan udara naik ke atas, jadi kawasan ini sentiasa berangin.Pergerakan angin bertiup tertumpu ke Permukiman Fuego.” Leo menudingkan jarinya ke satu arah.Arah dimana angin bertiup.Yazaid mengerutkan dahi dan memincingkan matanya memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Leo.
“Tu..Kau nampak tu?” Leo menudingkan jarinya ke satu arah.Arah dimana angin sedang bertiup.Yazaid memincingkan anak mata.Mencarup pandangan dengan penuh hati-hati.Yazaid begitu tekun cuba mengenal pasti apakah yang ditunjukkan oleh Leo.
“Itu..dekat belakang pokok tu.Kau nampak tak?” Leo membongkokkan badannya sedikit ke hadapan.Yazaid memegang lembing buatannya erat-erat.Bimbang ada musuh yang menyerang secara tiba-tiba.Suasana semakin cemas.Dahi Yazaid berkeringat.
“Aku tak nampak apa-apa pun, Leo.” Yazaid memincingkan anak matanya.Dia berkata dalam keadaan berbisik.Bimbang ‘musuh’ yang ditunjukkan oleh Leo mendengar suaranya.
Leo membulatkan matanya.Dia berdiri tegak semula.
“Ya..tepat sekali! Memang tak ada apa-apa disitu.Ternyata deria kau masih normal.Great!”. Leo memuncungkan bibirnya bersahaja.Sekadar bersiul riang.Sekali lagi Yazaid dipermainkan.Yazaid tegak berdiri memandang Leo memuncungkan bibirnya.Dahinya berkerut seribu.Leo memang tidak boleh dipercayai lagi kata-katanya selepas ini, fikirnya.
Yazaid mengorak langkah dengan penuh bertenaga mendahului Leo.Leo ketinggalan agak kebelakang sedikit.Kepalanya berpinar akibat diketuk kuat oleh Yazaid menggunakan lembing buatannya.Terasa mamai.Dunia seakan berputar.Langkah kakinya terhuyung-hayang.Itu akibatnya terlalu suka mempermainkan orang lain dikala darurat.
Hari semakin lanjut ke petang.Matahari yang terik tidak terasa bahangnya ketika berada di permukiman ini kerana angin bertiup dengan agak kuat tertumpu ke satu arah sahaja.Langsung tidak terasa kepenatan sekiranya berjalan jauh.Di permukiman ini terdapat beberapa batang anak sungai yang cukup dingin.Ia terletak di puncak bukit berhampiran.Namun, Ular Blanco yang mendiamai habitat ini amat gemarkan sungai yang agak dalam dan dingin.
Yazaid melabuhkan punggungnya di sebatang pokok yang tumbang.Tidak lama kemudian, Leo muncul dalam keadaan yang termengah-mengah.Dia cuba mengejari gerak langkah Yazaid yang terlalu pantas.Yazaid sekadar tersenyum melihat gelagat Leo.Geli hati rasanya. ‘Padan muka kau.Kenakan aku tadi kan.’ Gumam hatinya.
“Yazaid..kenapa kau..laju sangat..” Leo termengah-mengah.Sememangnya dia handal dalam seni mempertahankan diri memandangkan tubuhnya sedikit sasa berbanding Yazaid namun dia tidak biasa berjalan tanpa henti pada kelajuan Yazaid terutama meredahi hutan belantara yang penuh semak samun sebegini.Dia terasa mengah.
“Padan muka kau.Siapa suruh kenakan aku.Aku ni jaguh Marathon di dunia aku, tau tak?” Yazaid menyombong.
“Tak…kisahlah..tapi..” Nafas Leo tersekat-sekat kemengahan.Yazaid tersenyum puas menunggu butiran bait kata seterusnya dari Leo.
“…kita dah..salah jalan..sepatutnya..sana.” Leo menudingkan ke satu arah yang bertentangan.Membulat anak mata Yazaid.Terasa hangat wajahnya.Merah padam raut mukanya.Dia membengis.Lantas dia bangkit mendapatkan Leo.
Yazaid memegang baju perisai Leo.Digenggam erat.Terasa darah membuak ke kepala. “Kenapa kau tak cakap dari tadi?”
“Kau tinggalkan aku 15 meter ke belakang..aku mengah..kau nak aku jerit tengah hutan? Kau rasa?” Leo menepis tangan Yazaid lalu dia baring terlentang di atas tanah.Yazaid sekadar melihat perlakuan Leo.Pelik-pelik perangainya, fikir Yazaid.
Yazaid tahu dia bersalah.Dia mendahului perjalanan.Sepatutnya individu yang mahir dalam perjalanan yang ditempuhi sepatutnya berada di hadapan.Bahkan dia sendiri tidak tahu kemana arah yang hendak dituju.Dia mengeluh perlahan.Yazaid duduk bersila di atas tanah bersebelahan Leo.Melepaskan lelah yang terbuku di dada masing-masing.
Perkampungan Cendrawaseh,Tahun Infiniti 30XX
Hari semakin lanjut petang.Perkarangan rumah Hairuddin mulai kosong.Jiran tetangga yang datang melawat beransur pulang ke rumah masing-masing.Kejadian hari ini sangat mengejutkan.Hadif duduk bertinggir di pangkin bawah rumah Hairuddin.Hairuddin pula mundar-mandir sejak tadi.Asiah pula sibuk menguruskan anaknya yang masih tidak sedarkan diri sehingga kini.Puas dikejutkan namun hampa.
Hadif menerima berita buruk daripada sahabatnya sebentar tadi ketika dia pergi menjenguk.Anak kepada seorang sahabat yang dilawati pagi tadi telah pergi selamanya.Ayahnya membuka BrainLink yang dipakai oleh anaknya ketika di dalam koma.Secara tiba-tiba tubuh badan anaknya mengeletar sehingga berbuih mulutnya.Tidak sampai seminit, anaknya terkulai layu.Dia telah kembali pada-Nya.
Hadif tidak berada disitu ketika situasi tetapi kejadian aneh itu diceritakan sendiri oleh sahabatnya.Bergenang air matanya mengenangkan peristiwa itu.
Hairuddin berkerut seribu.Dia sedang berfikir sesuatu.Hadif tidak berkata apa-apa.Sekadar menjadi pemerhati.Hairuddin seperti mengetahui tentang perkara ini namun tidak diusulkan.Diamnya membawa seribu erti.Mengambil langkah bijak.
Hairuddin menapak perlahan dan melabuhkan punggungnya bersebelahan Hadif.Dahinya berkeringat.Akalnya ligat memikirkan sesuatu.
“Tuan..esok saya ke Bandar Inderapuri.” Tiba-tiba Hairuddin bersuara.Hadif sekadar memandang.
“Saya nak jumpa kawan lama.” Wajah Hairuddin serius.Hadif sekadar menggangguk faham.Dia tidak mahu mencampuri urusan lelaki tua itu namun hatinya bergejolak untuk mengetahui perkembangan lanjut dan jika boleh dia mahu mengikuti Hairuddin kemana sahaja untuk menyelesaikan isu ini.Dia tidak mahu ketinggalan maklumat.
Malam mula melabuhkan tirai.Suasana begitu nyaman dan tenang dipersekitaran kampung namun tidak setenang hati Hairuddin.Hatinya gundah.Hadif telah pulang petang tadi.Tinggal Hairuddin sahaja yang mengelamun di pangkin bawah rumahnya sehingga malam menjelma.
Dia lebih memikirkan nasib anaknya.Masih tidak sedarkan diri.Asiah tetap setia menemani Ismail yang terlantar kaku di katil biliknya sejak pagi tadi.Tidak ada sedikit pun lelah pada Asiah.Itulah ‘kuasa’ seorang ibu.Sanggup mengorbankan apa sahaja demi keselamatan anaknya walaupun memiliki anak yang ramai.Kesemuanya mampu dijaga oleh seorang ibu.Namun belum tentu anak yang ramai mampu menjaga seorang ibu.Hanya anak yang taat dan patuh kepada kedua orang tuanya sahaja sanggup mengorbankan apa jua demi kebahagiaan mereka yang sanggup mencagarkan nyawa untuk mendewasakan anak-anak.
Bimbang tragedi bakal berulang.Tragedi yang pasti akan meragut nyawa putera tunggal kesayangan mereka.Perkara yang mustahil kini bertukar menjadi kebarangkalian.Peratusan untuk kehilangan anaknya sangat tinggi memandang perkara yang serupa menimpa anaknya.
Asiah menuruni anak tangga rumahnya.Kelihatan Hairuddin masih duduk di pangkin bawah rumahnya.Asiah membawa kopi untuk suaminya.Wajah Hairuddin suram.Perlahan Asiah meletakkan dulang yang berisi 2 cawan dan 1 teko air kopi.Dituangkan ke dalam cawan lalu dihidangkan untuk suaminya.
“Abang…apa dah jadi?” Asiah mengurut perlahan belakang badan suaminya.Dia tahu debak didada suaminya tidak akan surut namun sentuhan seorang isteri mampu menenangkan.
“Ini semua salah abang.Abang tak patut bagi dia BrainLink tu.” Kelopak mata Hairuddin bergenang.
“Ini semua ketentuan-Nya, abang.Kalau dah itu kehendak-Nya, pasti akan terjadi.Semua yang terjadi pasti ada hikmah.Kita kena usaha cari penyelesaian.” Asiah cuba menenangkan suaminya.
“HyperServ. Dunia yang menyusahkan.Terbina atas kesengsaraan.Membinasakan.” Perlahan Hairuddin membisikkan kata itu dibibirnya.
“Sudahlah, abang.Lepas minum kita naik tidur dulu.Rehat.” Asiah tidak berputus asa menenangkan gejolak hati suaminya.
Hairuddin menghirup perlahan kopi yang masih panas.Lidahnya tidak terasa lecur.Dia sudah lali.Kopi panas adalah kegemarannya namun fikirannya kini jauh melayang-layang ke Bandar Inderapuri.Terbayang wajah sahabat lamanya.Seawal pagi esok dia akan bertolak ke sana.Cuba ikhtiar mencari bantuan.Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Ujian dari-Nya perlu dihadapi penuh dengan kesabaran dan keimanan.Jika tersasar niatnya, perbetulkan duduknya.Itulah pegangan di dalam hidup Hairuddin.
..Bersambung >> Server 12
ns 15.158.61.44da2