SERVER 8
BlackServ Lab.Tahun Infinity 30XX
Tajima mengendalikan sebuah program.Paparan monitor hologram memaparkan pelbagai data-data yang berselirat.Zaidi yang telah tersedar dari pengsan masih berehat.Dia memerlukan sedikit masa untuk mengerah tenaga semula.Zie pula masih berada di dalam bilik khas yang lain menyiapkan program seterusnya.Serangan pertama dapat dipatahkan oleh ‘sesuatu’ dari dalam Hyperserv.
Jemari Tajima ligat mengatur kod-kod yang sukar difahami namun hanya boleh dimengerti oleh hacker sahaja.Tajima tersenyum lebar.Umpannya mengena.Mangsa berada di dalam kawasan jajahan.Zie pula keluar dari bilik khas itu menapak perlahan menuju ke arah Tajima.
“Ikan dah masuk jerat?” Zie berkias.
“Bukan ikan biasa.Ini ikan emas.” Tajima menyusun fail program yang bakal dilancarkan.
“Oh..kau boleh masuk sekejap lagi.Buat serangan balas.” Zie memberi cadangan.Tajima sekadar tersenyum tanda bersetuju.Itulah yang akan dilakukannya.
Permukiman La Brecha,HyperServ
Yazaid keletihan.Pacuan deras lariannya mula mengendur.Malam semakin pekat.Kedengaran suara-suara haiwan berwaktu malam mula bersahut-sahutan.Masa untuk memburu.Yazaid sempat membuat api jamung menggunakan batang buluh yang dijumpai.Sumbunya daripada dedaunan lalang kering diselaputi getah pokok.Kemudian tembakan laser dibahu kanannya digunakan untuk mendapatkan sumber api untuk membakar sumbu jamung.
Dalam kepekatan malam begini agak sukar bagi Yazaid menentukan lokasi dengan tepat.Dia hanya berlari mengikut gerak hatinya sahaja.Yazaid cuba beberapa kali untuk menghubungi Irfan yang sedang mengendalikan datanya namun gagal.Seolah-olah BrainLink miliknya telah dikunci dan tidak berfungsi tetapi lampu LED kecil masih berkelip menandakan bahawa dirinya masih di dalam talian atau online.Ini adalah sistem keselamatan Hyperserv.Sekiranya server dirasakan terancam, ianya akan mengunci kebenaran akses keluar dan masuk Hyperserv.
Akibat terlalu letih, Yazaid berhenti disebuah pohon besar.Yazaid menyembunyikan dirinya dicelah-celah akar pokok besar ini.Api jamungnya dipacakkan ke tanah sejauh 10 kaki dari tempat persembunyiannya.Dia tidak mahu dirinya dikesan oleh pemangsa apabila pemangsa dapat menjumpai api jamung itu.Sesekali anak matanya melilau kesana kemari.Bunyi haiwan berwaktu malam yang bersahut-sahutan amat meremangkan bulu romanya.
Yazaid merehatkan badan.Dicelah-celah akar pokok yang besar dan sempit ini sesuai dijadikan tempat persembunyian dari sebarang ancaman hutan.Corong senjata laser di bahu kanannya tidak berhenti dari melakukan tugas.Sentiasa bersedia untuk sebarang kebarangkalian.
Yazaid melelapkan matanya.Jemarinya menekan butang kecil pada BrainLink miliknya.Mencuba nasibnya sekali lagi.
“Log Out!”
Masih tiada apa-apa perubahan.Dirinya terperangkap didalam dunia ciptaannya sendiri.Sistem HyperServ tidak membenarkan dirinya keluar dari dunia ini.
Sekali lagi Yazaid dikejutkan dengan gegaran pada tanah tempatnya bersembunyi.Gegaran ini luar biasa kuatnya.Rentak gegarnya seolah-olah ada ‘sesuatu’ yang sangat besar sedang berjalan menginjak tanah.Yazaid mula kaget.
Bunyi derapan kaki semakin jelas.Gegaran semakin kuat terasa.Yazaid membungkamkan diri.Bersembunyi di balik gelapnya malam dan akar pokok gergasi ini.
Tiba-tiba seekor makhluk yang besar muncul dari balik rimbunan hutan itu.Makhluk itu jauh berlipat kali ganda lebih besar darinya.Berkepala lembu dan berbadan manusia.sepasang tanduk yang meruncing tajam namun tanduk disebelah kanannya lebih pendek kerana terpatah akibat pertelingkahan didalam sejarah hidupnya.Anak matanya merah menyala galak memerhati persekitaran.Diperhatikan sekelilingnya dengan nafas yang mendengus-dengus.Makhluk itu dapat mengesan haba dari api jamung yang terpacak di tanah.Tentu ada hidupan.Jika ada hidupan pasti ada makanan, fikirnya.
Makhluk itu kelihatan sungguh buas.Dari cara pemakaiannya kelihatan seperti pakaian kuno zaman Roman.Digenggaman kanannya kemas memegang bilah pedang katana yang tajam dan sedikit runcing dibahagian hulu.Matanya yang merah menyala memberikan kelebihan baginya.Ia boleh melihat pada waktu malam dengan lebih jelas berbanding haiwan lain.Makhluk itu merengus kasar.Yazaid tetap bungkam bersembunyi.
Makhluk ganas itu melangoi ke udara.Menghidu bauan yang ditinggalkan.Sesekali hidungnya kembang kempis terherot ke tepi.Makhluk itu memandang ke arah sebuah pokok besar tidak jauh dari api jamung yang terpacak di tanah itu.Wajahnya menyerigai.Tangannya menggenggam erat bilah pedang katana. ‘Hidangan’ sedang bersembunyi di balik pintu ‘rumahnya’.Dia menapak perlahan menuju ke arah pokok gergasi itu.Diperhatikan disetiap celah-celah akar kayu.Makhluk itu membuat pusingan di sekeliling pokok mencari-cari kelibat mangsanya.Tidak kelihatan.Tiada apa-apa.Makhluk itu merengus kasar.
Dia memandang sebatang lagi pokok gergasi yang juga tidak jauh dari api jamung yang terpacak di tanah.Wajahnya menyerigai.Yazaid menelan liur yang terasa pahit di rengkongan.Terasa nyawa semakin terancam.Dirinya dapat dikesan kali ini.
Makhluk itu menapak perlahan menuju ke sebatang lagi pokok gergasi yang difikirkan ada potensi menjadi tempat persembunyian mangsanya.Hujung pedang katana yang tajam meruncing diseret ke tanah sehingga berlekuk dalam.Wajahnya menyinga.Matanya merah menyala.Diperhatikan di antara celah-celah akar pokok gergasi itu.Makhluk itu mula bergerak perlahan mengelilingi pokok itu.Yazaid mengecilkan tubuhnya.Kecut perutnya memikirkan nyawanya dihujung tanduk.
Makhluk itu semakin menghampiri tempat persembunyian Yazaid.Dia semakin cuak.Dahinya berkeringat.Diketap bibirnya dengan kuat.Tertahan-tahan nafasnya.Dipejamkan matanya serapat mungkin.Ini mungkin penamat bagi sejarah hidupnya.
“BBUUUMMMMMMMMMMM!!”
Secara tiba-tiba, satu tembakan laser tepat mengenai rusuk kiri makhluk itu.Makhluk itu berteriak kuat dan berpaling ke arah tembakan yang dilancarkan.Makhluk itu menyinga.Pedang katananya digenggam kemas dan erat.
Satu lagi tembakan dilancarkan dari arah yang sama.Kali ini tepat mengenai dada makhluk itu.Makhluk itu menjerit kesakitan sehingga jatuh terduduk ke belakang.Tanah bergegar akibat terhempas kuat ke belakang.
Seorang lelaki lengkap berpakaian kelengkapan perisai perang cyber muncul dari sebalik semak-samun.Sut ini khas untuk berperang lengkap dengan senjata laser dan beberapa lagi senjata yang boleh digunakan.Lelaki itu tidak mengenakan helmet atau penutup kepala.Sekadar memakai kaca mata khas inframerah yang membolehkannya melihat dengan jelas pada waktu malam.
Makhluk itu menyinga.Darah merah mengalir dari bibir.Tembakan laser tidak akan dapat membunuhnya tetapi boleh menyebabkan kecederaan.Kulitnya agak tebal sesuai dengan saiz tubuhnya.Pedang katananya dikutip semula ketika terjatuh tadi.Makhluk itu semakin amarah.Terasa dirinya diancam.Makhluk itu lantas berdiri dan menapak pantas ke arah musuhnya.Diangkat tinggi pedang katananya dan dilibas dengan sepenuh hati.
Lelaki itu jauh lebih cekap.Dengan sekali lonjakan kaki kanannya, lelaki itu melompat melebihi 15 kaki ke udara dan melepaskan satu lagi das tembakan laser tepat mengenai dahi makhluk berkepala lembu itu.Buat kali keduanya makhluk itu tersembam ke tanah menyembah bumi HyperServ.
Lelaki itu mendarat tidak jauh dari makhluk itu.Makhluk itu merengus kasar.Genggaman pada pedang katananya lebih erat.Dikatup serapat mungkin.Dahinya berdarah namun tidak bersepai.Kini, kedua-dua tanduknya patah akibat ledakan laser musuhnya.Fizikal makhluk itu sememangnya utuh.Sesuai untuk pemburu ganas sepertinya.
Lantas makhluk itu bangun dan meluru ke arah lelaki berpakaian perisai perang cyber itu.Dia cuba untuk melakukan serangan rambang.Libasan pedang katana mencantas pokok-pokok disekeliling.Tidak kurangnya juga dia sekadar melibas angin.Lelaki itu lebih cekap mengelak serangan.Debu tanah bertebaran.
Lelaki itu pantas berlari menyelinap ke belakang makhluk itu lalu melepaskan satu lagi tembakan tepat ke belakang kepala makhluk itu.Buat kali ketiga makhluk itu tersembam ke tanah.Dia merengus kasar.Darah merah pekat semakin banyak mengalir.Lukanya terlalu parah.Akibat menyedari akan kekalahannya, dia perlu berundur.Dalam keadaan tidak berdaya dan terhuyung-hayang makhluk itu bangkit semula dan menghilang merempuh semak samun dan pepohon.Derapan kakinya kedengaran semakin menjauh meninggalkan kawasan itu.
Lelaki itu sekadar berdiri memandang makhluk itu melarikan diri.Kedengaran derapan kaki makhluk gergasi itu semakin menjauh dan sayup-sayup.Sesekali terasa gegaran pada tanah akibat hentakan kakinya semakin berkurangan.
Yazaid tergamam.Dari balik akar pokok gergasi itu dia mengintai-intai kelibat lelaki itu.Hatinya meneka-neka siapakah lelaki itu.Kawan atau lawan.
Satu lokasi lain, Sebuah hutan tebal,HyperServ
Ismail membaringkan dirinya secara terlentang menghadap dada langit malam.Mengira taburan bintang yang tidak mungkin dapat dicarup oleh manusia.Kirin pula berbaring tidak jauh dari Ismail.Dia termenung memandang Ismail cukup lama.Dari anak matanya tersirat seribu makna dan seribu tanda tanya.
Ismail menyedari bahawa Kirin memandangnya.Merah padam wajahnya.Dia hanya mendiamkan diri.Langsung tidak berganjak atau membalas pandangan.Degup jantungnya semakin kencang.Dia langsung tiada pengalaman sebegini.Berduaan dengan seorang perempuan bukan muhrim.
Tiba-tiba Kirin bangun dari pembaringan dan mengesot perlahan ke arah Ismail.Ismail menelan liur.Wajahnya terasa panas bukan kerana bahang daripada unggun api yang masih menyala.Kirin semakin menghampirinya dan duduk bersimpuh bersebelahan Ismail.Ismail langsung tidak menoleh malahan memejamkan mata akibat terlalu malu.Ismail membuka sedikit kelopak matanya cuba untuk mengintai perlakuan Kirin.Kirin merapatkan wajah ayunya berdekatan wajah Ismail.Ismail terkejut bukan kepalang sehingga terbangkit dari pembaringan.
“Awak..awak…awak nak buat apa?” Ismail terasa tidak selesa.
“Kalung di leher awak.Apa tu?” Kirin sekadar bersahaja.
Ismail tercengang.Jarinya memegang BrainLink di lehernya.Kirin memandangnya cukup lama bukan kerana tertarik pada Ismail tetapi kalung BrainLink di leher Ismail lebih menarik minatnya.Dia mahu melihat dengan lebih dekat dan mahu mengetahui cara penggunaannya.
“Eerr..ini? Ini namanya BrainLink.” Ismail sekadar menjawab pertanyaan.
“BrainLink?” Kirin keliru.Lantas dia mengeluarkan alat yang sama dari kocek kanan baju panasnya. “Sama macam ni ke?”
“Haaa itulah dia.Samalah.” Ismail meraup wajahnya.Wajahnya terasa hangat.
“Apa kegunaannya?” Kirin bertanya lagi.
Ismail memandang Kirin dengan penuh kehairanan. “Awak ni ketinggalan zaman ke? Takkan awak tak tahu gunakan BrainLink.Semua orang gunakan benda ni sekarang.”
Kirin sekadar menggelengkan kepala.BrainLink yang digenggam oleh Kirin kelihatan agak kusam dan lama.Penuh kotoran debu tanah seperti telah lama ditinggalkan namun masih berfungsi.Lampu LED kecil di sisi alat yang digenggam oleh Kirin masih berkelip.
Ismail mengeluh.Dia sendiri sebenarnya keliru.Dia sendiri tidak tahu dimana dia berada ketika ini.Bagaimana dia boleh sampai ke perhutanan ini sedangkan selepas makan malam bersama keluarganya dia terus masuk tidur di dalam biliknya.Apabila tersedar dari tidur, dia sudah berada di perhutanan ini.
“Awak bukan berasal dari sini kan?” Kirin melanjutkan pertanyaan.
“Saya? Saya tak tahu saya berada di mana.Sepatutnya saya tidur di rumah tapi sekarang ni. Saya keliru….”
“Tak perlu cerita.Saya tahu apa yang terjadi pada awak.” Kirin pantas memintas bait kata dari Ismail.Ismail tercengang.Tiba-tiba Ismail berdiri menjauhi Kirin.Lutut kakinya mengeletar.
“Awak..awak…awak bunian ke?” Ismail kecut perut.
“Hihihi..bukanlah.Bunian itu wujud di dunia awak tapi bukan disini.Disini lebih merbahaya.” Kirin tergelak kecil mendengar pertuduhan rambang dari Ismail.Sememangnya keanak-anakkan.Tawanya sahaja sudah cukup buat Ismail terasa sejuk seketika.
“Disini? Dunia saya? Dunia kita ada berbeza?” Ismail semakin keliru.Kedua tangannya menekan kepala.Terasa berpinar-pinar.Ismail terduduk.Dia keliru.Apakah tempat ini sebenarnya.Kalau bukan dunia bunian, dunia apa lagi.Berapa banyak dunia dalam dunia ini, fikiran Ismail celaru.
Kirin sekadar memandang.Membiarkan Ismail melayani perasaannya sendiri.Langsung tidak diendahkan.Lambat-laun dia akan mengerti, fikirnya.
Ismail terlentang menghadap ke dada langit yang gelap.Taburan bintang di langit sedikit sebanyak menenangkannya.Akalnya ligat berfikir.Dia meneka-neka siapakah gadis yang bersamanya di hutan pada malam ini.Adakah benar manusia atau sebaliknya.Dia bimbang akan keberadaannya disini.Satu lokasi atau ‘dunia’ yang dia tidak ketahui.Namun gerak hati kecilnya berkata bahawa Kirin bukanlah seorang yang berniat jahat.Jika benar, sudah tentu dilakukannya sejak tadi.
Kirin juga turut membisu melihat perlakuan Ismail yang memandang ke dada langit malam.Kirin melangoi ke atas dan dia juga meniru perlakuan Ismail.Benar.Terasa mendamaikan.Terasa tenang.Angin malam yang berhembus sepoi-sepoi bahasa mengelus lembut pipi seolah-olah membuai mata.Taburan bintang-bintang yang tidak mungkin dapat dicarup oleh manusia.Kelihatan 2 bulan yang mengambang penuh menerangi suasana malam diperhutanan itu.Satu mengunjur ke selatan dan satu lagi mengunjur ke timur.
Akhirnya Kirin dan Ismail terlelap bersebelahan unggun api dengan terlentang menghadap langit malam.Malam yang mendamaikan.Haiwan berwaktu malam tidak akan sesekali menghampiri unggun api dan tanah lapang.Mereka lebih gemar memburu secara bersembunyi dan sekadar menunggu masa yang sesuai.Sekurang-kurangnya mereka selamat di kawasan tanah lapang itu.
..Bersambung >> Server 9
ns 15.158.61.44da2