Bandar Inderapuri.Tahun Infinity 30XX
141Please respect copyright.PENANAIfuQAIheEA
“Hadif! Sini, sini!” Suara Irfan bergema memanggil Hadif ke tempat persembunyiannya. Tanpa lengah, Hadif segera mendapatkan Irfan yang masih memegang senjata api pemberian Hadif sebentar tadi. Kekecohan berlaku kurang dari 24 jam sehingga membawa kepada situasi darurat seperti ini.
“Dah jumpa punca berlaku perkara ni?” Hadif meninggikan suaranya memandangkan keadaan bandar itu terlalu riuh dengan jeritan-jeritan marga yang tidak dapat menyelamatkan diri. Pihak anggota keselamatan juga tidak dapat melindungi mereka yang tidak dijangkiti daripada serangan buas manusia yang berubah menjadi ganas dan buas secara tiba-tiba malahan jumlah manusia yang berubah menjadi buas dan ganas itu meningkat secara tiba-tiba dan mendadak. Ini menyebabkan mereka yang masih normal maut diserang dan dilahap dalam keadaan ngeri. Mereka yang masih normal segera mencari tempat perlindungan dari serangan manusia buas itu. Jumlah mereka meningkat secara mendadak.
“Belum! Kita balik makmal dulu. Kita siasat perkara ni. Lekas!” Lantas Irfan dan Hadif segera menuju ke makmal Hyperserv yang menempatkan jasad Yazaid dan Fared. Tubuh mereka ditempatkan di ruang kebuk keselamatan yang terletak di bawah tanah dan di kawal ketat oleh sistem yang dikendalikan sendiri oleh Irfan.
Setelah mereka memasuki ruang makmal lantas pintu besi yang amat tebal itu ditutup rapat dan sistem keselamatan diaktifkan secara automatik. Senjata-senjata akan beroperasi dengan sendiri dan membunuh penyelinap jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. Hadif dan Irfan melabuhkan punggungnya ke kerusi besi yang memanjang. Ruang utama itu dipenuhi dengan paparan monitor kaca yang memaparkan pelbagai maklumat yang sukar difahami oleh individu biasa. Hadif sendiri juga tidak mampu untuk mentafsirkannya.
“Kurang ajar perempuan tu! Kalau aku jumpa dia, memang aku lumatkan dia!” Hati Irfan panas membara. Wajah Zie menyinggah di mindanya. Makin panas hatinya.
“Sabar, Irfan. Keadaan sekarang tak mengizinkan. Tapi kalau saya terjumpa dia di mana-mana, memang nahas dia!” Hadif juga tidak terkecuali. Setelah program I.R.I.S gagal berfungsi untuk digabungkan bersama sistem Hyperserv tempoh lalu, Zie menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki. Apabila diselidiki oleh Irfan yang ternyata lebih pakar, rupanya Zie mempunyai agendanya tersendiri malahan telah mencipta dan menyelitkan satu program hacking lain berdasarkan sistem tunjang I.R.I.S lalu diaktifkan tanpa sedar. Sistem haram yang direka oleh Zie tidak aktif serta-merta. Ianya memerlukan sedikit masa untuk membaca pola pergerakan data dari pangkalan sistem induk utama untuk digabungkan bersama pola pergerakan data Hyperserv sendiri. Apabila tiba pada masanya, Zie boleh mengaktifkan sistem itu dari mana sahaja dia berada.
Kurang dari 24 jam lalu, sistem induk utama secara tiba-tiba hidup semula dan segalanya kembali online. Tanpa sedar, ianya adalah perangkap semata-mata. Pasti ramai penduduk akan menyangka bahawa sistem teknologi dunia telah kembali pulih. Namun sebaik sahaja Brainlink diguna pakai kembali dan dikalungkan ke leher masing-masing, perkara yang mengerikan akan berlaku. Manusia yang sebelumnya adalah normal akan berubah menjadi manusia yang buas dan ganas. Sistem induk utama yang aktif secara tiba-tiba hanyalah muslihat semata-mata. Apabila manusia normal berubah menjadi manusia yang buas dan ganas, otak mereka akan dikawal selia oleh satu sistem yang tidak diketahui lokasi pangkalannya. Yang pasti pada ketika itu, sistem induk utama hanyalah sebagai umpan semata-mata. Anehnya, sistem haram yang menguasai otak manusia buas ketika itu mempunyai talian hubungan dengan dunia Hyperserv yang masih terputus hubungan. Bagaimana perkara itu boleh berlaku juga tidak diketahui oleh Irfan. Dia sendiri amat meyakini bahawa sistem Hyperserv sendiri telah diubahsuai oleh Zie yang ternyata adalah pembelot. Perempuan itu langsung tidak boleh dipercayai.
“Hadif! Irfan!” Satu suara menyapa mereka lantas mereka berdua menoleh serentak ke arah satu susuk tubuh yang baru sahaja memasuki makmal itu. Namun mereka amat mengenali lelaki itu.
“Hairuddin!” Hadif mendapatkan sahabatnya itu. Mereka berpelukan tanda keakraban yang tidak akan memudar buat selamanya.
“Macam mana keadaan kamu? Keluarga kamu selamat?” Hadif amat mengambil berat perihal sahabatnya termasuk ahli keluarga Hairuddin. Baginya, Hairuddin sudah dianggap sebagai abang kandungnya sendiri.
“Alhamdulillah. Mereka berada di kebuk perlindungan. Mereka semua selamat. Sekarang kita kena selesaikan isu ni terlebih dahulu.” Hairuddin berdiri menghadap paparan-paparan monitor kaca yang memaparkan pelbagai jenis maklumat. Pandangan mata Hairuddin terhenti pada satu paparan monitor kaca berkenaan.
“Hacker ni terlalu genius untuk kita tentang. Agak bijak cara penyelinapan mereka.” Hairuddin berbicara sendirian namun bait katanya boleh didengari oleh Irfan dan Hadif.
“Mereka? Jumlah hacker ramai? Mereka berkumpulan?” Hati Irfan melonjak-lonjak ingin tahu.
“Mereka hanya berdua. Salah seorang darinya adalah perempuan. Seorang lagi adalah lelaki. Lokasi tidak diketahui tetapi lokasi terakhir perempuan itu adalah makmal ini.” Hairuddin mampu membaca situasi dengan tepat meskipun dia tidak menyentuh apa-apa pada butang kawalan itu. Pandangan matanya hanya tertumpu pada deretan kod yang bergerak ke atas dimana langsung tidak difahami walaupun pada Irfan. Irfan agak terkejut mendengar penjelasan ringkas Hairuddin. Dia tidak mengetahui tentang kewujudan seorang lagi hacker yang berjantina lelaki bersama-sama dengan Zie ketika ini. Yang dia tahu adalah Tajima dan Zaidi yang sudah sedia maklum dianggap mati kerana isyarat mereka hilang serta-merta. Sekilas Irfan memandang ke arah paparan monitor yang diamati oleh Hairuddin namun langsung tidak difahami. Yang dilihatnya hanyalah deretan-deretan kod yang bergerak ke atas tanpa diketahui maksud setiap kod berkenaan. Hanya Hairuddin yang mengenali maksud-maksud setiap kod itu.
“Macam mana kamu tahu adanya hacker lelaki dengan Zie?” Irfan ingin tahu teknik-teknik Hairuddin membaca kod rumit itu. Ternyata amat mengagumkan.
“Setiap aktiviti di dalam sistem pasti akan ditunjangi dan dipaparkan berbentuk susunan kod yang rumit dan sukar difahami. Asalkan awak tahu membaca kodnya, awak akan tahu kisah disebalik apa yang berlaku di dalam sistem berkenaan.” Hairuddin lantas menekan beberapa butang pada paparan monitor lalu paparan monitor menukar maklumat yang dipaparkan. Irfan dan Hadif menunggu dalam debar. Hairuddin menggelengkan kepalanya menambahkan lagi keresahan di dalam hati mereka berdua.
“Sel-sel otak manusia yang berubah menjadi ganas itu...hancur sama sekali. Mereka tidak ubah seperti...mayat hidup. Mereka masih bernyawa tetapi bukan mereka yang mengendalikan tubuh mereka. Ada hidupan lain yang mengambil alih otak mereka sekali gus tubuh mereka.” Hairuddin melepaskan keluhan berat yang merengkungi takung dadanya. Hadif dan Irfan kelihatan tercengang. Mereka tidak menyangka perkara sedasyat ini boleh berlaku dalam sekelip mata. Umpama sebuah filem namun ini adalah realitinya.
“Otak mereka dikawal selia oleh satu sistem hybrid yang tidak diketahui lokasinya. Maksud kata lain, walaupun Brainlink yang mereka pakai itu kita dapat tanggalkan atau musnahkan tidak bermakna mereka akan berhenti. Otak mereka menerima isyarat luar secara terus ke sistem hybrid ini. Pada tahap ini, Brainlink sudah tidak mempunyai fungsi lagi pada tindakan mereka. Saya sendiri tidak tahu tentang kewujudan sistem ni.” Hairuddin menyambung lagi. Ternyata ianya satu perkara yang sukar untuk dipercayai oleh akal yang waras. Ini bermakna ada satu teknologi lain yang lebih tinggi tahapnya daripada teknologi manusia dimana teknologi itu menggabungkan sistemnya dengan hidupan bernyawa. Teknologi yang terlalu maju dan diluar kotak fikiran manusia.
“Jadi...apa kita boleh buat sekarang?” Hadif semakin resah. Irfan kelihatan mundar-mandir mencari idea yang tidak kunjung tiba. Hairuddin mengeluh halus melepaskan beban yang merengkung didadanya.
“Pertahankan keselamatan disini. Dari dunia sana, biar mereka yang berada disana uruskan. Saya akan cuba cari perempuan dan lelaki itu. Mereka adalah dalang. Mereka lebih merbahaya dari penghuni yang ada di Hyperserv.” Hairuddin mencari ikhtiar.
“Sekejap. Saya hairan. Sistem induk utama telah sekian lama mati dan tidak beroperasi lagi. Hyperserv mengunci dunianya sendiri. Ini bermakna dunia tu terputus hubungan dua hala dengan dunia manusia. Tapi sekarang...keadaan semakin rumit.” Irfan mengerah akalnya untuk menghadamkan keadaan semasa.
“Sebab itu kita kena cari juga perempuan dan lelaki penggodam itu. Mereka yang membuka jalan untuk Hyperserv bersatu semula dengan dunia manusia. Yang lebih merbahaya, mereka mempunyai sistem yang boleh berhubung terus dengan otak manusia yang telah berubah menjadi buas itu. Saya macam dah dapat tahu apa yang berlaku cuma saya perlukan kepastian.” Hairuddin pula mengendalikan konsol kawalan sistem mereka. Beberapa paparan maklumat terpapar jelas di kaca monitor pandang tembus itu. Hadif dan Irfan sekadar memerhati.
“Mengikut maklumat sulit yang saya perolehi ni, dunia Hyperserv telah bersatu dengan dunia manusia. Macam mana ia berlaku, saya sendiri tidak pasti. Mereka yang berada di dalam dunia itu lebih tahu apa yang berlaku. Yang pasti, sambungan hubungan dua hala oleh dua dunia ini mendapat bantuan dan sokongan dari dunia kita. Itu pasti kerja perempuan dan lelaki tu.” Hairuddin berjaya mendapatkan maklumat sulit dengan menggunakan beberapa susunan kod rumit yang hanya diketahui oleh lagenda sahaja. Kod-kod itu adalah kod asas pembinaan dunia Hyperserv suatu ketika dahulu namun tiada apa yang boleh dilakukannya kerana dunia Hyperserv kini mentadbir sistem kawalannya sendiri. Tambahan pula, sistem tunjangnya telah dirosakkan oleh hacker. Hyperserv mungkin sedang beroperasi dengan dikawal selia oleh sistem hacking itu sendiri.
“Apa yang saya yakin.. penghuni kejam yang berada di dalam Hyperserv...telah merasuki tubuh manusia normal. Sebab tu mereka berubah menjadi buas dan tindakan mereka hanyalah membunuh apa yang mereka temui. Atau lebih mudah lagi, jasad mereka adalah manusia biasa tetapi jiwa mereka adalah...” Hairuddin terhenti apabila Irfan memintas percakapannya.
“Valkazar!” Membulat anak mata Irfan. Dahinya berkeringat. Hairuddin mengganggukkan kepala tanda membenarkan tekaan Irfan.
“Itulah niat sebenar Zie dan kawan keparat dia! Memang lumat aku kerjakan nanti. Rupanya dia berniat untuk membenarkan Valkazar mengambil alih tubuh manusia di dunia ni! Kurang ajar!” Irfan gagal mengawal emosinya. Wajahnya merah padam. Bara api di dalam hatinya marak menyala.
“Mungkin lebih teruk lagi. Mereka juga meniat untuk menawan dunia manusia.Yang merasuki tubuh manusia buas itu sekarang, hanyalah tentera sahaja. Aneh. Dimana ketua mereka?” Hairuddin mengerutkan dahinya kehairanan.
Puas dia mengeledah sistem tersebut namun isyarat ketua Valkazar tidak ditemui. Hairuddin mengetahui bahawa Raja Raa adalah pemerintah bagi bangsa Valkazar namun tanpa diketahui ramai, Raja Raa bukanlah pemerintah yang sebenar. Ianya tidak lebih sebagai boneka dan simbolik yang menunjukkan kekuatan Valkazar sahaja. Pemerintah bangsa itu yang sebenar masih tidak ditemui. Hairuddin mengeluh halus.
Kemusnahan berada dimana-mana. Hiruk-pikuk dunia ketika itu tidak ubah seperti dilanda garuda. Mereka yang memakai kalung Brainlink ketika itu akan berakhir dengan perubahan yang sangat dasyat pada tubuh mereka bahkan secara hakikinya mereka telah pun mati. Hanya jasad mereka sahaja yang bergerak tetapi otak mereka yang normal dibunuh oleh Valkazar yang merasuk ke tubuh manusia itu.Dengan erti kata lain, tubuh mereka adalah manusia namun rohnya adalah Valkazar! Jambatan yang mereka gunakan sangatlah mudah iaitu Brainlink yang menjadi penghubung di antara manusia dengan sistem digital global.
Tidak diketahui niat sebenar Zie yang menghilangkan diri tanpa dapat dikesan oleh Hairuddin dan lain-lainnya. Malahan turut bersama Zie ialah seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai hacker terunggul yang pernah mereka hadapi. Lelaki itu memiliki satu sistem teknologi membatasi fitrah dunia. Sistem yang mampu berhubung terus ke otak manusia tanpa sokongan dari mana-mana teknologi yang ada di dunia. Ternyata ianya satu sistem teknologi hibrid yang lebih maju namun disembunyikan kewujudannya. Lebih merumitkan keadaan, teknologi itu membenarkan satu-satunya bangsa pemusnah yang hanya hidup di dalam dunia digital Hyperserv untuk keluar menawan dunia manusia. Cara mereka adalah dengan mengambil alih tubuh manusia hidup dan dijadikan sebagai host atau sebagai jasad fizikal mereka. Tindak-tanduk mereka pula tidak ubah seperti sifat asal bangsa itu sendiri. Memusnahkan apa yang berada di hadapan mereka. Membunuh apa sahaja yang bernyawa di laluan mereka.
141Please respect copyright.PENANAlynwbkOmAQ
>>Bersambung Server 62
ns 15.158.61.44da2